Thursday 25 August 2011

Sesi Kelas

Berjumpa kembali,minggu ini aktiviti kelas diadakan.Pembelajaran kali ini ialah pengenalan kepada adobe photoshop.Kelas di sampaikan oleh En. Saidin dan dibantu oleh pengajar-pengajar lain.En. Saidin  menyampaikan pengenalan adobe photoshop dengan ringkas dan padat disebabkan oleh masa yang terhad.Teknik yang diajarkan oleh En. Saidin memang senang dipelajari dan ikuti.Semoga ahli dapat mempraktikan teknik yang disampaikan oleh En. Saidin.Semoga berjumpa kembali.Selamat Berpuasa Dan Selamat Hari Raya.,Maaf Zahir Dan Batin dari pihak kami.

En. Saidin sedang menerangkan cara menggunakan adobe photoshop sambil di bantu oleh En. Nizam
En Saidin dan En. Nizam sedang membantu ahli menggunakan adobe photoshop.

Wednesday 17 August 2011

Sesi Kelas

Perjumpaan kali ini,aktiviti diadakan di dalam kelas dimana untuk membincangkan tentang aktiviti mengambil gambar pada minggu lepas.Perbincangan tersebut pada mulanya di ketuai oleh En. Saidin tetapi telah digantikan oleh En. Azhar kerana En. Saidin ada hal.Banyak juga maklumat yang telah disampaikan oleh En. Saidin.Ucapan terima kasih pada beliau.En. Azhar yang menggantikan En. Saidin juga memberi banyak maklumat pada ahli.Semoga kerjasama seperti ini dapat diteruskan untuk melancarkan aktiviti kelab.Semoga berjumpa di minggu hadapan.

En. Saidin sedang memberi penerangan tentang aktiviti yang akan dijalankan..
En. Saidin sedang memberi komen tentang gambar yang diambil pada minggu lepas.

Wednesday 10 August 2011

Aktiviti Mengambil Gambar Sekitar Dewan IKM

Bertemu kembali,perjumpaan kali ini  ahli-ahli kelab dibahagikan kepada beberapa kumpulan.Setiap kumpulan diketuai oleh seorang pengajar.Tugasan kali ini setiap kumpulan dikehendaki mengambil gambar sekurang-kurangnya 10 keping gambar disekitar dewan IKM.Gambar bertemakan paten,bunga,hijau dan texture.

Gambar-gambar yang telah diambil akan dipamerkan semasa sesi kelas minggu hadapan.Dimana apa-apa kelemahan dan kesilapan akan diberitahu semasa sesi kelas tersebut.

Minggu hadapan semua ahli kelab akan berkumpul di kelas komputer, sehingga bertemu kembali di minggu hadapan.

Wednesday 3 August 2011

Sesi Kelas Bermula

Bertemu kembali,kelas telah bermula,tetapi berlaku sedikit masalah teknikal dimana berlaku perubahan waktu perjumpaan yang sepatutnya bermula pukul 2.00 ptg hingga 4.00 ptg.Perubahan ini adalah disebabkan jadual waktu untuk bulan puasa disingkatkan waktu pembelajaran,pelajar balik pukul 4.00 ptg.Jadi kelas bermula pukul 3.00 ptg,dan dengan masa yang singkat  kelas pun bermula.

En. Saidin memberikan penerangan ringkas sebelum kelas bermula.
Berlaku masalah lagi dimana En Noraisman tidak dapat menggunakan projector untuk tayangan pada kelas.Jadi terpaksalah beliau memanggil semua ahli kelab berkumpul dekat komputer.

Penerangan yang disampaikan oleh En. Noraisman
Pukul 3.50 ptg kelas ditamatkan dan untuk perjumpaan akan datang semua ahli akan berkumpul di dewan besar IKM untuk satu tugasan berkumpulan.Semoga bertemu kembali di minggu hadapan.