Monday 18 February 2013

Dedahan/Exposure


Eksposure adalah jumlah cahaya yang diterima oleh filem atau sensor di dalam kamera dan di kawal oleh lens diaphragm atau aperture. Eksposure di kawal dengan mengawal bukaan aperture, berapa lama ia di buka iaitu shutter speed, dan kawalan ISO.

Kelajuan Shutter

Kelajuan shutter boleh dikatakan sebagai setting dedahan kera membuka shutter dengan 2 kali lebih besar akan memberikan dedahan yang lebih banyak dalam 1 julat (1 stop). Kelajuan shutter yang tinggi seperti 1/1000 akan menghentikan subjek yang bergerak Kelajuan yang rendah seperti 1/10 akan merakam pergerakan objek dengan samar (blur).
Shutter

Kelajuan shutter merujuk kepada tempoh bukaan aperture. Biasanya di kenali sebagai 1/60, 1/200. Tempoh ini di kira dalam unit saat. Shutter yang di buka dengan lama akan membenarkan lebih banyak cahaya masuk. Kelajuaan shutter akan mempengaruhi gambar yang kita ambil dari segi dedahan cahaya dan juga masalah blurry.

Shutter yang perlahan, contohnya 1/15 mungkin akan menyebabkan gambar samar kerana tangan yang bergoyang. Untuk mengambil gambar static, shutter 1/50 -1/100 biasanya adalah minimum yang di perlukan sekiranya kita memegang gambar menggunakan tangan. Bagaimanapun ini tertakluk kepada teknik dan kekuatan tangan jurugambar.
Ada kalanya shutter speed perlahan di gunakan untuk merakam gambar pergerakan.

APERTURE

Aperture adalah “pintu” yang membenarkan cahaya masuk dan jatuh ke atas sensor kamera digital.

“Pintu” yang terbuka lebih besar akan membenarkan cahaya masuk lebih banyak. Pintu yang terbuka kecil, memerlukan dedahan yang lebih lama.

Saiz aperture akan mempengaruhi bagaimana bentuk focus kepada subject utama. Sebagai contoh, dengan menggunakan saiz f2, subject akan menjadi lebih tajam dan background akan menjadi sangat samar atau di panggil bokeh. Bokeh merujuk kepada kualiti kesamaran yang terhasil.

Terdapat cadangan dari dunia fotografi iaitu saiz aperture f2.8 ke f8 sesuai digunakan untuk portrait. Saiz 8 dan ke atas sesuai untuk landscape. Bagaimanapun ini cuma satu cadangan bukan kemestian. Ada jurufoto yang memilih untuk menggunakan aperture f11 untuk mengambil gambar portrait.

Aperture dikenali sebagai f-number.

Aperture mengikut julat bukaan 1-stop

f1.0 > f1.4 > f2.0 > f2.8 > f4 > f5.6 > f8 > f11 > f16 > f22 > f32

Pemilihan aperture mengikut ketajaman optimum

Kadangkala, apabila sumber cahaya tidak menjadi masalah, jurugambar boleh memilih bukaan aperture mengikut ketajaman optimum lensa mereka.

Kebanyakan pakar optic mencadangkan bagi kebanyakkan lens, aperture yang optimum adalah 2 stop dari bukaan aperture terluas.

Sebagai contoh:

Untuk lens 50mm f1.8, aperture yang mempunyai ketajaman optimum adalah pada f3.5 atau f4.
Untuk lens 70-200 f2.8, aperture yang mempunyai ketajaman optimum adalah f5.6. Bagaimanapun kualiti optic lensa 70-200 f2.8 adalah sangat baik sehingga pada bukaan f2.8 sekalipun, anda kurang dapat melihat perbezaan kualiti optic pada lensa ini pada pelbagai bukaan aperture.

ISO

ISO adalah penting untuk menentukan tahap kepekaan sensor kepada cahaya. ISO rendah akan menyebabkan sensor kurang peka kepada cahaya dan kita akan memerlukan aperture yang lebih besar dan kelajuan shutter yang lebih lama.
ISO (hampir) tidak memberikan kesan kepada gambar, hanya jika ISO terlalu tinggi, bergantung kepada jenis kamera, akan menyebabkan gambar banyak noise dan kehilangan details.
Sebagai asas, anda perlu mengambil gambar menggunakan ISO yang terendah yang memberikan kelajuan shutter dan ketajaman (dof) yang anda perlukan. Sekiranya anda perlukan lebih ketajaman (d0f) tetapi tidak mahu mengurangkan kelajuan shutter, maka anda perlu menaikkan ISO dan mengurangkan aperture.
Sekiranya gambar anda dirosakkan oleh masalah blur kerana kelajuan shutter yang rendah, anda perlu menaikkan sensitivity walaupun akan menyebabkan noise. Ini kerana gambar yang mempunyai noise yang tinggi tetap boleh difahami oleh mata berbanding gambar yang terlalu blur.
Gambar yang mempunyai noise yang tinggi boleh dikurangkan photoshop plugin seperti noiseninja.
ISO biasa terdiri daripada (mengikut DSLR semi pro, tidak termasuk Canon 1ds mark 111, Nikon D3 atau hasselblad) :

ISO
100-200
Kesesuaian
Waktu tengah hari terik dan cukup kekuatan cahaya seperti di dalam studio.
Hasil
Gambar pada iso ini akan menghasilkan warna, contrast yang paling optimum.

ISO
400
Kesesuaian
Waktu mendung, dibawah litupan.
Hasil
Gambar masih lagi mempunyai warna yang baik dan noise pada jumlah minima

ISO
800
Kesesuaian
Waktu di dalam rumah
Hasil
Gambar mempunyai warna sedikit pudar dan noise banyak kelihatan.

ISO
1600
Kesesuaian
Waktu malam dan kurang bercahaya
Hasil
Gambar mempunyai warna tetapi kurang menarik, noise lebih banyak kelihatan dan contrast gambar mula pudar.

ISO
3200-6400
Kesesuaian
Waktu yang gelap dan tidak bercahaya.
Hasil
Gambar sesuai di ambil menggunakan black & white mode.

Depth Of Field

Depth of field atau dikenali sebagai DOF merujuk kepada kawasan dari jarak terdekat focus lensa menjadi tajam, sehingga jarak terjauh ketajaman itu mula pudar.
DOF dipengaruhi oleh bukaan pandangan (focal length), jarak subjek dengan lensa, crop factor dan bukaan aperture.

Jenis Dedahan (Exposure Modes)

1.Programmed AutoExposure

Di dalam mode ini, kamera akan memilih nilai aperture (f-stop) yang sesuai dan kemudian memilih kelajuan shutter speed yang sesuai. Sesetengah kamera DSLR akan turut menukar color mode supaya sesuai dengan gambar yang ingin di ambil.
Contohnya, mode landscape akan memberikan nilai aperture yang besar (f8, f16) supaya keseluruhan gambar akan menjadi sharp.
Mode macro akan menyebabkan kamera memilih nilai aperture yang kecil (f1.8, f2.8) supaya hanya subjek dapat di focus dengan jelas.

2.Semi Programmed AutoExposure

Kebanyakan kamera DSLR dan prosumer mempunyai mode Aperture priority dan Shutter Priority. Kedua mode ini boleh memudahkan kerja jurugambar untuk menghasilkan gambar yang lebih kreatif tanpa perlu risau masalah-masalah exposure.
Gunakan aperture priority untuk mengawal ketajaman gambar dan mengawal DOF.
Gunakan shutter priority untuk mendapatkan pergerakan atau memastikan tiada blur akibat pergerakan.

3.Manual Exposure

Manual exposure membolehkan seseorang jurugambar mengawal sepenuhnya dedahan cahaya yang diperlukan. Seorang jurugambar mahir mampu mengetahui exposure yang diperlukan berdasarkan gambar yang beliau inginkan.

METERING

Metering adalah suatu kaedah pengiraan untuk mendapatkan nilai dedahan atau exposure value (ev) .
Matrix/Evaluative metering merupakan kaedah mengira dedahan yang optimum berdasarkan zon-zon di atas sensor. Dalam keadaan cahaya biasa dan sekata, matrix metering tiada masalah untuk mendapatkan nilai dedahan yang betul. Metering ini juga dikenali sebagai multi-zone metering, honeycomb atau segment metering..

Partial metering adalah kaedah mengira dedahan berdasarkan kawasan lebih besar dari spot metering, iaitu 10-15% dari viewfinder.

Center weighted metering adalah kaedah mengira dedahan berdasarkan satu bulatan di tengah sensor. Center weighted bagus digunakan untuk subject seperti potret kepala.

Spot metering adalah kaedah mengira dedahan berdasarkan kawasan yang amat kecil didalam viewfinder, iaitu 1-5% sahaja. Kebanyakan kamera membenarkan spot metering hanya ditengah tetapi kamera yang lebih canggih membenarkan spot metering pada titik focus. Spot metering adalah amat tepat kerana tidak dipengaruhi oleh kawasan lain didalam viewfinder.

Contoh penggunaan spot metering adalah sewaktu merakam gambar bulan penuh. Oleh kerana persekitaran yang gelap, gambar akan menjadi terlalu terang. Bagaimanapun dengan spot metering, camera akan mendapatkan exposure pada bulan saja.

Panduan Sunny 16

Dedahan yang diperlukan oleh kamera dalam cuaca terang pada waktu tengahhari, tidak jauh berbeza dari dedahan yang diperlukan di setiap pelusuk dunia pada waktu yang sama. Terdapat satu panduan untuk mengagak dedahan yang betul pada waktu tengahhari tanpa menggunakan light meter.
Untuk mengambil gambar pada waktu tengahhari, tetapkan aperture pada f-16. Dan kelajuan shutter pada nombor yang hampir sama dengan nilai ISO.

Menilai dedahan yang diperlukan untuk waktu lain
Berdasarkan panduan sunny 16, kita boleh mengubah aperture untuk mengawal dedahan pada waktu kecerahan yang berlainan

Tip-tip untuk mengawal Exposure

1.Kecerahan/kegelapan latarbelakang akan mempengaruhi keseluruhan exposure gambar, berhati2 dengan
   latar belakang yang terlalu gelap atau cerah. Sebaiknya latarbelakang perlu gelap sedikit dari subject utama
   atau cerah sedikit sahaja.

2. Apabila mengambil gambar subject yang gelap, lihat kawasan terang yang akan menjadi overexpose.

3. Gunakan fill flash apabila tone latarbelakang terlalu tinggi berbanding tone subject untuk mengelakkan
    silhouette.

4. Eksperimen dengan backlighting dan silhouette. Silhoutte di ambil untuk menerangkan shape sesuatu
    subject, kadangkala silhouette boleh di gunakan untuk menerangkan perbuatan sesuatu subject tanpa
    menunjukkan siapa subject.

5. Gambar terbaik tidak semestinya ‘sempurna’ dari segi exposure. Jurugambar yang baik mampu
    menjadikan gambar mengikut kecerahan/kegelapan yang beliau inginkan.




Sunday 27 January 2013

Latihan Memadam Kebakaran

Pada 23 Januari 2013 telah diadakan latihan memadam kebakaran untuk staff dan pelajar IKM.Berikut adalah gambar-gambar semasa latihan memadam kebakaran diadakan.





Tuesday 22 January 2013

Peralatan Fotografi Digital


Kategori Kamera Digital SLR

1.Pro
2.Semi pro
3.Prosumer
4.Hobyist

Format-format Sensor Kamera DSLR

Format sensor kamera DSLR ada beberapa jenis. Setiap format hanya sesuai digunakan dengan lensa-lensa tertentu dan adakalanya penggunaan lensa yang bukan direka untuk format itu, akan memberikan perubahan dari segi keluasan sudut pandangan, Depth of field dan pelbagai factor lain.
Format kamera juga mempengaruhi kualiti gambar yang terhasil dari segi jumlah data dan sensitivity kepada cahaya.
Format seperti full frame memberikan kualiti gambar terbaik dan warna yang lebih cantik walaupun pada ISO yang sangat tinggi.

Full frame

Digital full frame DSLR ada kamera yang mengunakan sensor bersaiz seperti filem 35mm. Apabila lensa yang direka untuk kamera 35mm diletakkan pada kamera full frame, sudut pandangan lensa tersebut adalah sama dengan sudut pandangan apabila lensa tersebut diletakkan pada kamera 35mm.
Contoh kamera DSLR full frame adalah seperti:
•Nikon D3
•Canon 1Ds
•Canon 1Ds Mark II
•1Ds Mark III
•Canon EOS 5D
•Contax N Digital
•Kodak SLRn, SLRc, DCS Pro 14n

Cropped format
Terdapat beberapa jenis cropped format. Cropped format adalah saiz sensor kamera digital yang lebih kecil daripada full frame.

APS-C
Kebanyakan DSLR dari kategori untuk semi pro dan prosumer menggunakan format jenis ini. Biasanya crop factor untuk APS-c adalah 1.5 untuk Nikon, dan 1.6 untuk canon.
Lensa yang sesuai untuk kamera yang menggunakan sensor APS-c adalah lens dari jenis:
Canon EF, EFS
Nikkor AI, AIS, AF, AF-S, DX, N
Sistem Four Third

Lensa

Jenis-jenis Lensa
Terdapat 4 jenis lens.

Normal lens : mempunyai bukaan 50o sudut pandangan. Contoh normal lens adalah 50mm f1.8.

Macro lens : mempunyai bukaan 25o sudut pandangan. Selalu digunakan untuk close up sesuatu gambar.

Wide angle lens : mempunyai bukaan lebih besar dari 60o sudut pandangan. Banyak di gunakan dalam architecture dan photojournalism.

Telefoto lens : mempunyai bukaan yang lebih kecil daripada lensa normal, atau focal length lebih besar dari 50mm. Di gunakan untuk merakam gambar dari jarak jauh.
Contoh telephoto (zoom) lens adalah AFS Nikkor 70-200 VR f2.8

Zoom lens : zoom lens merujuk kepada lens yang mempunyai pelbagai focal length. Sebagai contoh 70-200mm atau 18-70mm

Prime lens : merujuk kepada lens yang mempunyai 1 focal length/sudut pandangan saja.Sebagai contoh 50mm 1.8.

Kaitan panjang Fokal dengan Bokeh

Menggunakan fokal length yang panjang akan menjadikan latarbelakang lebih samar dan besar.

Panjang fokal dan perspektif.

Sekiranya 2 gambar diambil pada jarak yang sama pada kepanjangan fokal yang lain, maka gambar dari focal length panjang akan kelihatan seperti terpotong dari gambar dari focal length yang satu lagi.
Sebagai contoh, untuk mendapatkan portrait tubuh sepenuhnya, anda boleh menggunakan wide angle atau telephoto. Bagaimanapun dengan telephoto anda perlu bergerak lebih ke belakang, Gambar akan kelihatan sama tetapi perspektif akan jadi berbeza.

Kad Memori

Kad memori digunakan untuk menyimpan data gambar. Antara yang biasa digunakan adalah compact flash dan secure digital.
Kad memori mempunyai kualiti ketahanan dan kelajuan yang berbeza.
Antara kad memori yang baik adalah dari jenis Sandisk Ultra, Sandisk Extreme dan Lexas pro.
Kelajuan pada memori kad terbahagi kepada dua, iaitu kelajuan menulis dan membaca data. Kad memori professional mampu membaca dan menulis data dari 20mb per saat. Kelajuan memori kad adalah penting sekiranya kita memerlukan kamera yang boleh merakam gambar dengan pantas terutamanya untuk mode burst.
Pada waktu ini, Kad memori jenis professional seperti Sandisk Extreme III 4GB boleh diperolehi sekitar RM200 sahaja.

Sunday 20 January 2013

Pengenalan Fotografi


Perkara-perkara yang perlu di pelajari di dalam dunia fotografi:

Komposisi Asas
Di dalam komposisi asas, ada beberapa perkara yang perlu di ketahui seperti teknik framing, kedudukan subjek utama, penjagaan latarbelakang supaya kemas dan menarik, penggunaan warna di dalam gambar, konsep keseimbangan antara elemen dan juga lain-lain perkara berkaitan dengan penceritaan sesebuah gambar.

Pemilihan lensa
Penggunaan lens yang betul akan mempengaruhi bagaimana rupa sesebuah gambar yang terhasil. Setiap lens juga mempunyai tugas dan kualiti yang berlainan. Untuk mengambil gambar portrait, lens yang sesuai adalah lens telefoto. Untuk tugasan fotojurnalisme, lens ultra wide banyak digunakan.

Penggunaan ISO
ISO merupakan kadar sensitivity sensor cahaya di dalam kamera. Ia hampir sama dengan ASA di dalam dunia kamera filem. Kebanyakan kamera digital mempunyai ISO dari serendah 50 hingga 3200. DSLR untuk professional boleh mencapai iso 6400 dan 25600.
ISO rendah, seperti 50, 100, 200, biasanya di gunakan dalam suasana yang terang dan mempunyai pencahayaan yang cukup. ISO 400 ke atas biasanya di gunakan di dalam rumah atau pada waktu gelap.
Teknik Digital Darkroom
Teknik digital darkroom adalah proses penyuntingan imej menggunakan perisian computer seperti photoshop, paint shop pro, gimp dan banyak lagi. Antara proses yang biasa di lakukan adalah mencerahkan gambar, cropping, dodging dan burning, sharpening, pembetulan contrast, pembetulan warna dan white balance, penyuntingan kesan-kesan khas dan sebagainya.

Retouching
Proses retouching adalah proses pengubahsuaian gambar seperti menghilangkan jerawat, membaikpulih gambar lama dan sebagainya.
Gambar Hitam Putih / Monochrome
Gambar hitam putih dapat dihasilkan terus dari sesetengah kamera atau dengan menggunakan teknik digital darkroom. Proses ini amat mudah di dalam dunia digital.

Filters
Terdapat beberapa filter yang diperlukan didalam dunia digital. Filter yang paling penting adalah UV filter. Filter UV akan mengurangkan haze di dalam gambar dan boleh menjaga lens dari tercalar, dimasuki debu, kelembapan dan juga kotoran. Filter yang penting lagi juga adalah Circular Polarizer filter. Filter itu boleh membantu mendapatkan langit yang biru dan boleh menghilangkan baying-bayang di dalam air.
Close-up filter boleh membantu mengurangkan jarak focusing dan membantu kita mengambil gambar secara macro.

Focal Length / Bukaan pandangan
Focal length pada lens memberikan petunjuk kepada sudut bukaan sesebuah lens dan saiz gambar relative kepada objek. Focal length biasa di tandakan di dalam millimeter atau mm.

Perisian pengurusan Imej (workflow)
Perisian pengurusan imej adalah seperti: Adobe Lightroom, PhaseOne CaptureOne, ACDSEE, Adobe Bridge, Microsoft Expression Media 2, DXO dan sebagainya.

Saturday 19 January 2013

Sesi Januari - Jun 2013

Bertemu kembali di tahun 2013 , maaf kerana lama tidak mengemaskini blog.Maklumlah sibuk dengan kerja-kerja hakiki.Semoga di tahun 2013 ini ada pembaharuan untuk mengemaskini blog.

Pelajar-pelajar baru telah melaporkan diri. Jadi kelab fotografi juga mendapat ahli baharu seramai 10 orang.Harap-harap pelajar ini mempunyai minat terhadap bidang fotografi bukan hanya untuk melengkapkan syarat pembelajaran di IKM.

Kami pengajar akan berusaha untuk memberi ilmu pengetahuan tentang fotografi dan berharap pelajar-pelajar akan berusaha sama untuk memajukan kelab fotografi ini.

Ok, setakat ini dahulu catatan untuk minggu ini.