Thursday 14 July 2011

Kelab Fotografi & Grafik sesi Julai 2011

Beberapa hari sebelum pengambilan pelajar baru IKM Jasin sesi Julai 2001, kami mendapat panggilan dari pihak pengurusan ibupejabat MARA iaitu Puan Hasnita dengan makluman bahawa permohonan ko fotografi telah diluluskan dan boleh mula untuk pengambilan pelajar baru. Maka bertambahlah lah satu lagi ko di IKM Jasin yang sebelum ni ada 10 ko semuannya.

Gembira dan seronok. Itu sahaja yang boleh dinyatakan setakat ni bila mendapat panggilan berkenaan kerana segala usaha dan sokongan kawan-kawan selama ni berhasil. Menubuhkan sebuah kelab yang menjadi minat kita selama ini merupakan satu kepuasan dan selepas ini kita boleh berkarya dan mengembangkan kemahiran fotografi kepada pelajar IKM dan rakan-rakan sekerja pula. Sekurang-kurangnya bila kita berpindah ke tempat lain nanti, ada la jugak sumbangan selain kemahiran utama kita. Kalau ikhlas pahala pun dapat.

Kepada mereka yang berminat dalam fotografi dan baru nak bermula, ini lah platformnya untuk bergerak secara sistematik dan berkesan walaupun melalui ko kurikulum sahaja. Tapi sebagai ko baru, jika terdapat sedikit kekangan itu dikira adat la sebab ia adalah proses biasa menuju kematangan sesebuah organisasi.

Di bawah adalah antara pelopor ahli kelab fotografi & grafik IKM Jasin yang mendaftar pada 6 Julai 2011 lepas.

Penerangan oleh setiausaha Ko-Induk En. Mohd Aris Mokhtar

Barisan ahli Kelab Fotografi & Grafik sesi Julai 2011 IKM Jasin



No comments:

Post a Comment